Misss Right;
About Linkies Diary Twitter Ask Me Follow


Kau Hebat. Aku Lemah.
Kau hebat.
 
Kau hebat kerana kau berjaya membuat aku menangis.
Kau hebat kerana kau berjaya memfitnah aku.
Kau hebat kerana kau berjaya membuat aku letih untuk hidup.
 
Kau hebat kerana kau berjaya menipu semua orang dengan perwatakan kau yang kononnya baik.
Kau hebat kerana berjaya menutup mata semua orang daripada melihat kesilapan yg telah engkau lakukan.
Kau hebat kerana berjaya menjadi seorang pelakon yang cemerlang untuk menutup kesalahan diri.

Kau hebat kerana mungkin ramai yang lebih mempercayai kau.
Kau hebat kerana mendapat perhatian ramai dengan menjadi seorang attention seeker.
Kau hebat kerana berjaya menutup rupa kau yg sebenar & terus menipu kononya kau manusia paling baik.

Aku lemah.

Ya, mungkin aku lemah kerana aku menangis.
Aku juga lemah kerana tidak mampu menangkis fitnah yang engkau taburkan.
Dan aku sangat lemah kerana kau telah menjadi alasan untuk aku letih meneruskan kehidupan.

Aku lemah kerana aku tidak dapat meyakinkan semua orang tentang belang kau yang sebenar.
Aku lemah kerana aku tidak dapat membuka mata semua mereka yang terpedaya dengan lakonan kau.
Aku lemah kerana aku tidak mampu mendapat kepercayaan semua orang sepertimana engkau.
 
Aku lemah kerana tidak ramai yang mempercayai aku.
Aku lemah kerana tidak diberi perhatian tetapi skurng-kurngnya aku tidak menjadi seorang attention seeker.
Aku lemah kerana aku tidak dapat menghentikan lakonan kau yang berpura pura baik.
 
Ya, aku memang seorang yang lemah. 
 
Ikhlas Dari Hati,
Siti Nurfaezah binti. Md.Yazid.
 
im just write about what i feel. what i've been through. it's really sad. but whatever it is, life must goes on :')
 




 
Past |
f
Hello


13. Happy. Annoying. Crazy.